Saturday, August 10, 2013

Friday, August 9, 2013

Thursday, August 8, 2013

selamat Hari Raye Ye

gemersik takbir mengundang hiba 
salam di utus tanda ingatan 
 syawal dinanti menjelang tiba 
tangan di hulur pohon kemaafan..

Sunday, August 4, 2013

As'salamualaikum~

Berita Terkini Spekulasi harga rumah semakin menjadi-jadi sekarang ini sehingga akhirnya menyukarkan dan ada juga yang sehingga telah menyekat golongan yang berpendapatan rendah & juga serdahana untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri. Berita Semasa dimaklumkan yang mana kerajaan akan menaikkan cukai jualan hartanah (RPGT Malaysia 2013) kepada 30% sebagai langkah terakhir untuk tujuan mengekang aktiviti spekulasi harga rumah & isu kenaikan yang semakin membimbangkan. Dijangka pengumuman akan dibuat melalui pembentangan Bajet 2014 kelak. Sebenarnya yang ramai rakyat Malaysia mengadu lebih kepada situasi yang melibatkan penjualan unit rumah baru kepada pembeli yang pertama. Mekanisme menaikkan Cukai Jualan hartanah (RPGT Malaysia 2013) hanya lebih kepada aktiviti “subsale”. Projek perumhan baru tetapi harga yang ditawarkan melambung berlipat kali ganda. Apa yang boleh Berita Semasa jangkakan, apabila cukai jualan hartanah dinaikan semata tanpa disusuli dengan mekanisme & langkah pencegahan yang lain, dikhuatiri pemilik hartanah akan menaikkan harga semata-mata mahu menampung kos cukai yang tinggi terutamanya di lokasi yang strategik & menguntungkan. Harga Rumah Terus Melambung Pemaju tetap beli tanah disebabkan boleh jual rumah yang mahal. Masalah di Malaysia. Kebanyakan projek perumahan disediakan oleh pihak swasta. Permintaan tinggi, tetapi unit rumah mampu milik yang disediakan agak rendah. Nah…itu sebablah pemaju boleh meletakkan sesuka hati harga rumah yang ditawarkan sekarang. Rakyat Malaysia berharap harga rumah (harga pemaju kepada pembeli pertama) ditawarkan pada harga mampu milik. RM400,000 ke waha bukan mampu milik (SEPERTI DI SINI) Mekanisme yang diberikan kerajaan kelak, hanya tertumpu kepada perolehan pendapatan kerajaan melalui cukai melibatkan penjualan jualan hartanah. Ist pemilik kepada 2nd pemilik dan seterusnya. Tiada mekanisme untuk Syarikat-syarikat perumahan yang cukup bermaharajalela sekarang ini? Cukai Jualan Hartanah (RPGT Malaysia 2013 ) VS Pemaju? Ini antara langkah yang boleh Berita Semasa kongsikan yang dirasakan mampu mengekang sedikit sebanyak spekulasi harga yang terus melonjak di Malaysia. Sepatutnya warga asing tidak dibenarkan sama sekali membeli hartanah freehold. Dan jikalau warga asing asing mahu beli juga, hanya dibenarkan untuk tempoh yang singkat sahaja. Nilai hartanah yang warga asing dibenarkan beli hanya pada harga jutaan ringgit sahaja. Dan RPGT untuk warga asing juga mestilah berkali ganda berbanding rakyat tempatan Hanya benarkan expatariat sewa atau beli kondominimum sahaja. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli sama sekali. Tidak boleh. Kerajaan wujudkan “bank tanah” yang menawarkan kepada pemaju pada harga yang berpatutan dengan syarat pemaju mesti menyedia banyak kediaman dan rumah mampu milik Anda ada lagi mahu tambah senaraiannya? Kerajaan sepatutnya leboh fokus untuk menumpukan ke arah mengawal aktiviti pemaju yang kebanyakan menindas kalangan pembeli. Jikalau dahulu ya, Berita Semasa akui kebanyakan pemaju perumahan mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah. Tetapi tidak untuk sekarang. Sekarang pemaju lebih senang untuk mengambil 60% (walaubagaimanapun ini pun sudah menjadi kebiasaan pemaju hari ini). Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah. Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga spekulator yang seolah-olah, berpakat dalam hal ini. Oleh itu, kerajaan perlu tumpu untuk mencari penyelesaian daripada peringkat akar umbi lagi daripada sekarang. Apa kata anda pula?

From Zulaikha

Ika Akan S'lalu Update Status Kt Blogger tau untuk You All~

Makna Kehidupan Yang Dicari cari

Di dunia ini cuma ada 5 orang yang aku cintai, Ibuku, Ayahku, Saudara kandungku, Teman-temanku dan yang terakir adalah kau. kenapa kau kuletakkan pada urutan yang terakhir? karena aku ingin kau menjadi Cintaku yang terakhir dan tak ada cinta yang lain selain cinta terakhirku pada dirimu. . . .

Ika Sedih~

Sungai Petani: Empat wanita maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri-Sungai .
Hari ini ika makan bnyk sgt2